📢 Pelancaran Rumah Budi 4.0
Pada 7 September 2025, telah berlangsung Majlis Pelancaran Rumah Budi 4.0 sempena Konvensyen PAS Melaka, yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
🏡 Rumah Budi merupakan inisiatif berterusan oleh Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial PAS Pusat dengan kerjasama ahli di peringkat negeri dan kawasan. Projek ini bertujuan menyediakan tempat berteduh untuk insan yang memerlukan.
📍 Sebelum ini, projek Rumah Budi telah dilaksanakan di:
✅ 1.0 – Selangor
✅ 2.0 – Kedah
✅ 3.0 – Pahang
Dan kini diteruskan dengan 4.0 – Melaka.
💰 Jumlah kos yang diperlukan: RM67,000
✨ Kami membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang berkemampuan dan berhati dermawan, untuk turut bersama menjayakan projek kebajikan ini.
🤲 Sumbangan anda adalah sinar buat mereka yang memerlukan.