𝙈𝙖𝙣𝙛𝙖𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧 𝙎𝙠𝙞𝙢𝙋𝘼𝙎 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙅𝙖𝙣𝙪𝙖𝙧𝙞 𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝘿𝙞𝙨𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧 2022


KUALA LUMPUR – Alhamdulillah ala kulli hal.

InshaAllah tahun baharu 2023 akan menyaksikan lebih ramai peserta menyertai SkimPAS dan lebih besar manfaat yang akan dibayar.

Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SkimPAS, Dr Rosni Adam, ini antara produk utama Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat yang kini sudah mendapat kepercayaan ramai ahli PAS sendiri.

Skim Kifalah Ahli PAS ini menurutnya mampu membantu keluarga ahli-ahli PAS sehingga RM10,000 dengan bayaran serendah RM55 sahaja setahun.

Dr. Rosni Adam juga berkata semua ini adalah hasil kerja keras Perunding SkimPAS Kawasan (PSK) seluruh Malaysia sehingga kita mampu membayar sebanyak RM1.3 Juta pada tahun 2022.

Tahniah! Semoga SkimPAS menjadi pilihan utama rakyat Malaysia💚🇲🇾

Loading