
Disebalik ujian yang melanda, Alhamdulillah kita masih mampu mengharunginya berkat kesabaran dan semangat bantu membantu di antara kita semua.
Akhir kalam, kami di HQ SkimPAS mendoakan agar lebih ramai Perunding SkimPAS Kawasan (PSK) dan peserta untuk bersama kita bagi menjadikan Skim Kifalah ini sebagai pilihan pertama diri serta keluarga. Semoga pada tahun 2023 ini juga kita terus mendapat bimbingan dari Allah SWT untuk bangkit semula selepas pelbagai ujian yang kita lalui dalam rangka ketaatan kepadaNya.
Salam Tahun Baru 2023